Selasa, 16 November 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha


Salam perantauan bagi anda semua.Saya baru balik dari tolong member saya setelkan urusan lembu untuk dikorbankan .Ialah esok hari raya Korban. Hari raya yang memperlihatkan ketaatan dan kepatuhan Nabi Ibrahim dalam menjalankan perintah Allah dengan menyembelih anak lelakinya iaitu Nabi Ismail. Tetapi itu semua hanyalah dugaan kerana Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas yang besar. Itulah serba sedikit kisah berkenaan hari korban.saya ucapkan selamat hari raya aidiladha untuk mereka yang beragama Islam