Isnin, 3 Disember 2012

Percaturan demi perubahan

Apa yang dicanang-canangkan oleh PM pada Perhimpunan Agung Umno a.k.a PAU baru-baru ini adalah langkah terdesak. Bagi aku PM kali ni amat gusar dengan PRU 13 yang bakal berlangsung entah bila. PM mengatakan bahawa rakyat perlulah melihat aspek keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan dan perkhidmatan yang telah diberikan. Ok bagi aku baguslah si PM ni nak rakyat tahu yang diaorang buat kerja tapi kenapa nak pilihanraya baru nak tekan kan aspek ni.

Kalau dilihat PAU yang lepas barisan UMNO ternyata mampu bersuka ria dan gelak ketawa dalam persidangan, Tapi kali ni aku rasa mereka hanya mampu duduk dan memerhati berselindung di bawah logo 66 tahun usia UMNO. Kebanyakan ucapan yang dimulakan oleh perwakilan adalah dasar membodek dan mengipas tak habis-habis PM. Kamon la kalau nak bodek sekalipun guna lah saluran lain. Pesidangan adalah ruang dan tempat bagi mengupas dan menjana idea yang baharu bagi membolehkan UMNO itu kembali kukuh setelah hampir musnah setelah dilanda badai pada PRU 12. Apabila diperhatikan dalam konteks perjalanan persidangan kali ni aku rasa TV3 adalah kaki bodek yang paling tak boleh belah..Lagi-lagi dalam segmen PAU dalam berita terkini mahupun Buletin Utama. Perlunya media fokus terhadap perbahasan dan kupasan idea yang cuba dibangkitkan dalam kalangan perwakilan. Jangan risau kalau konon-kononnya pembangkang cuba untuk memutar belit akan idea yang dirancang tapi kena pastikan yang rakyat perlulah diberi tahu info terkini dan lihat perwakilan mana yang cakap pakai otak.

Kebanyakan perwakilan dan termasuk PM sendiri menjerit kat atas pentas tu. Dalam menabur intipati keyakinan terhadap para perwakilan sepatutnya yang dicanang adalah idea dan bagaimana nak brain wash masing-masing agar buat kerja dengan betul. Tapi kali nu PAU dilangsungkan dalam keadaan begitu terdesak. PAU ni kalau boleh silakan buat kat kawasan-kawasan yang dinaungi bawah BN. Sesekali buat event terbesar kat dalam kawasan jajahan sendiri mungkin baru merasai apa yang rakyat rasakan selama ini. Kata pemimpin berjiwa rakyat. Kalau duduk terpacak kat PWTC tu pun tak jadi apa.

Pada PM yang aku hormati, lain kali harap semasa beri ucap dasar atau apa sekalipun , jangan maki dan hina sapa-sapa. Apa yang lepas biar lepas. Setiap orang ada baik buruk. Apa-apa pu PM sila turun padang dan rasai apa yang rakyat rasa. Jangan selesa sangat. PRU 13 mungkin ada gelombang baru yang akan muncul.

Jumaat, 7 September 2012

Lepas Ramadan , Syawal pun datang.

Syawal telah datang Ramadan telah pergi. Berganti bulan Islam tapi yang dikejarnya adalah bulan dalam masihi. Secara jujurnya aku dah mula rasa menyampah dengan sekeliling aku. Bukan aku suarakan apa yang perlu tetapi sekadar berkongsi. Tatkala aku sedang menaip untuk blog sekarang ni aku ditemani dengan seorang budak Sabah yang kerjanya YM dgn Skype. Tak paham aku dgn mamat ni . Ah aku dah mula taip ringkas. Harap paham sudahlah ye. Raya kali ni aku sambut dengan meriah. Kubur arwah atok aku pun aku tak lawat. Entahlah mungkin kesedaran diri tu tak ada langsung yang wujud dalam hati ni. Time bulan Ramadan lagi la sama je. Bersepai tekak nak menahan makan dan minum. Lagi-lagi nak merokok. Time sahur aku mesti pekena rokok se das bagi melegakan kandungan nikotin dalam badan aku. Paru-paru aku kompom lah dah ada warna kegelapan macam warna baju undertaker.

Terawih  kali ni bolehlah nak dianggap full. Kalau tiap malam aku tibai 8 rakaat siap dgn witir sekali. Aku pun terlepas pandang jugak dengan terawih 8 rakaat dan 20 rakaat. Macam mana pulak yang ada buat 10, 12  dan sebagainya. Masih diterima ke atau kiraan itu diganjilkan dgn solat witir. Sampai sekarang pun jawapannya aku tak pasti lagi. Orang kampung macam tu je la sama je kejadiannya. Asal seminggu pertama je bersepah kereta di parking, lepas minggu kedua habis rentung tempat parking. Motor aku la yang menjadi saksi surutnya bilangan manusia yang menghadap Tuhan ketika bulan mulia hari tu.

Tempat aku, Parit Raja kalau nak raya je dah ada ekspo dah. Kalau nak seluar levis yang panas berpeluh kaw-kaw punya bolehlah dapat kat situ. Harga dah macam kat KL dah. main ratus je. Macam haram time malam raya. Huh harga runtuh . Tapi aku beli baju bundle je kat xpo tu. Tak beli pape pun. Rajin jugak aku pusing-pusing kat ekspo tu tapi sekadar cuci mata je la. Cerita pasal ekspo ni aku terkenang pulak kisah sorang pempuan yang aku banyak kali bertembung. Kadang-kadang rasa banyak jumpa dalam mimpi. Ekspo 2 tahun lepas aku jumpa pempuan tu. Orangnya rendang je. Putih manis mukanya. Tapi pas tu dah tak jumpa lagi. Dah hilang modal nak mimpi best malam-malam bahahahaha. Malam-malam aku lepak rumah si Ajib dgn member aku si iwan. Pelik jugak member aku yang tak pernah-pernah nak lepak malam dengan aku tibe-tibe nak join pulak. Nama mamat tu leman. Tapi tak pe la jugak ok la tu dapat teman member kat kampung. Raya kali ni aku sibuk main bunga api . Sampai aku beli kat ekspo. Bengang jugak beli tapi pasal dah excited sangat terpaksa la aku menebal muka beli. Ah dah lah sampai sini je aku nak taip. BOHSAN pulak kah3.


Rabu, 20 Jun 2012

termenung .tertawa,terkedu dan aku terus pasrah

Kalau benar aku sang pemikir
Aku berharap engkaulah sang pendengar

Kalau benar aku terlalu emosi
Aku berharap kau yang selalu disini

Aku tidak menganggap kau sebahagian takdirku
jikalau kau selalu melayani sudah ku anggap kau berjanji

Memang jiwa ini mudah terbahagi
Tapi bukan kerana cinta yang cuba dinaungi

Baiknya aku bukan kerana esok hari
Mengharap kau mengerti pendirian ini

Awan yang gelap dan bertemankan hujan bagiku adalah keindahan alam
Jikalau mentari dan pelangi adalah lintasan di sanubari kau

Pandangan kau dan aku sudah mencukupi
harapkan realiti bukan sekadar persepsi

Jumaat, 11 Mei 2012

Pandangan Mata

Aku sekali lagi melihat kau
melihat tanpa mencari erti
Pada alis matamu aku melihat suatu kesedihan
Namun kau jangan risau tidak aku bukakan lagi kisah lalumu

Aku cuba mengajar erti ceria melalui pandanganku
Disamping disulami bait-bait perkataan yang suram
Aku menjadi tidak keruan bertemankan sat dan ketika
Kau terus melayani setiap masa

Cinta itu akan ku bataskan dengan syarat
Biarlah senyuman dan tawamu menjadi syariat
Bukan aku cuba memandangmu sebagai epik cinta
yang terlalu suci
hanya cuba untuk meratapi kesayuan sebuah memori

Di kanan ku ada gelak tawamu
Di kiriku ada cerita kesedihanmu.
Aku terus memandang bicara irismu

Biarlah dalam ruang ini aku memerhatikan saja arah tujumu
Biarlah ia jmenadi pengisian dalam saat mata insan kudus ini
Aku tidak akan merintih , akan ku syukuri tiada henti

Khamis, 3 Mei 2012

Belasungkawa Husni Mohd Rawi @ Bob KU2


Perginya insan seni tanah air yang memecahkan keringatnya dalam dunia muzik suatu ketika. Selain itu juga beliau menggiatkan diri dalam menceburi bidang lakonan. Kadfang-kadang lawak jenaka yang di garapkan bisa membuat orang ramai tak kering gusi dengan telatahnya. Bagi saya sebagai penulis melihat pemergian arwah adalah suatu yang lain daripada yang lain. Sebelum ini beliau telah difitnah atas kematiannya berkaitan permasalahan kesihatan yang dialami beliau.

Bagi saya sendiri dah melihat perubahan diri arwah tentang pemikirannya terhadap apa yang terjadi sekeliling. Saya pun sendiri melayari laman youtube dan melihat beliau bercerita tentang kisah hidupnya yang dikurnia hidayah dan kembali pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya biarlah kita terus menghadiahkan al-fatihah dan berdoa agar roh si mati dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tunggu kami HUSNI!!!

Isnin, 26 Mac 2012

Manusia mengajar tentang "dilema"

Luahan secara direct ini aku tujukan pada mereka bernama manusia. Ye walaupun kadang-kadang aku melihat kelakuan aneh sebahagian daripada mereka buatkan aku naik menyampah. Entahlah apapun aku tak boleh nak harapkan daripada mereka. Kawan-kawan atau pensyarah sekalipun aku merasakan mereka suka mengubah peraturan semulajadi kelakuan manusia.

Masalah yang aku hadapi sekarang ni tentang aku begitu benci dengan apa yang terjadi di tempat aku belajar ni. Yang pertama mereka yang kata aku sombong dan yang kedua tentang pelajaran tu sendiri. Ilmu tak salah tapi yang menurunkan ilmu tak berfikir jauh. Hari ni aku pergi tengok "carry mark" aku. Bila aku tengok Alhamdulillah ada markah. Tapi aku tengok corak pembahagian markah tu banyak yang tak selari je.

Oh ok aku memang tak nafikan markah test aku mcam badi tak ada yang boleh nak selamatkan aku dari carry mark ni. Kejadahnya aku menjawab melalui pemahaman aku dan bukan aku nak meniru sangat pun. Soalan test yang diberikan pun kadang-kadang cuba nak lari dari apa yang kebiasaan. Aku nak belajar sem ni aku rasa dah macam burnout pun ada. Damn. Aku nak marah-marah pun tak guna la. Makin lama manusia kita layan makin menjadi pulak mereka.

Kalau aku tolol tak pe, tapi aku tak mau bercampur dengan mereka yang tolol

berteman sigar, kerisauan dan kehampaan.. Dengan bantuan Tuhan kita percaya!!!

Jumaat, 23 Mac 2012

Tombo Ati



Tombo Ati (Obat Hati) | lirik
lir-ilir ilir…

Tombo ati
iku limo perkarane
kaping pisan: moco Qoran lan maknane
kaping pindo: sholat wengi lakonono
kaping telu: wong kang sholeh kumpulono
kaping papat: kudu weteng ingkang luwe
kaping limo: dikir wengi ingkang suwe 

Salah sawijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembatani

Tombo ati
iku limo perkarane
kaping pisan: moco Qoran lan maknane
kaping pindo: sholat wengi lakonono
kaping telu: wong kang sholeh kumpulono
kaping papat: kudu weteng ingkang luwe
kaping limo: dzikir wengi ingkang suwe

Salah sawijine sopo biso ngelakoni
Mugi-mugi Gusti Alloh nyembatani

lir-ilir ilir…

[Reff:]
Obat hati
ada lima perkaranya
yang pertama: baca Quran dan maknanya
yang kedua: sholat malam dirikanlah
yang ketiga: berkumpullah dengan orang soleh
yang keempat: perbanyaklah berpuasa
yang kelima: zikir malam perbanyaklah

Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Ta’ala mencukupi

Apa saja untuk Tuhan


Semester kelima aku telah menzahirkan diri aku ini di sebuah tempat menimba ilmu. Sedih masa masuk dulu ye la sorang-sorang terpacak kat sini. Tapi sekarang aku dah berjaya atasi semua kekalutan itu. Masa aku update blog ni pun aku sebenarnya dah nak exam. Biasalah skip nak ulang kaji. Aku padahal nak balik kampung tapi bila pikirkan balik perjalanan yang horror dan memenatkan buat aku rasa malas nak balik.

 Semester kelima ini telah banyak aku pelajari dan fahami akan pergerakan dan tingkah laku manusia itu sendiri. Aku bukan nak merasakan aku bijak pandai ke apa tapi biasalah rasanya wajar jugak aku cuba selitkan pemahaman aku tentang apa yang perlu. Ikutkan takdir aku duduk hostel dan disebabkan rasa fed up dan menyampah aku keluar menumpang rumah member aku kat BB ni a.k.a Bestari Jaya. Hahaha aku harap member aku si Saiful Bakri ni tak marah lah aku menumpang secara free dirumahnya. Kira ok la aku dah basuh pinggan, kemas rumah dan sebagainya.kah3.

Di Unisel sekarang macam-macam cerita. Aku dah dilantik jadi presiden kelab untuk course aku sendiri. Aku ingatkan kelab tu bagus. Rupanya kelab tu umpama "hidup segan mati tak mahu". Anda bayangkan betapa perih dan terseksa batin aku nak menghadap permintaan rakyat jelata aku nanti , ahahaa. Aku pun tak sangka aku boleh pulak dapat jawat pangkat sebegitu tinggi. Aku ni apalah sangat kan , digelar sombong, ego dan sombong, sombong dan sombong. Aku ni kalau hensem tak la aku rasa sombong. Nak je aku rapat dengan kau orang. Hahaha. Disebabkan aku dah macam afdlin shauki so aku kena la rasa merendah diri sedikit. Aku percaya kepada mereka yang rasa diri mereka tu kenal sangat diri aku diaorang tahu yang aku ni tak sombong. Lagi la aku kat kampung ni keje nak buat lawak bodoh je. Apalah nasib kan. Aku tak mintak pun berpura-pura. Mungkin tu buat aku rasa selesa walaupun aku rasa terseksa.

Aku kat tempat belajar ni dah rasa cukup pening kepala dengan permintaan manusia. Kadang-kadang mengalahkan permintaan Tuhan. Ye la kau sudah matang dan mampu berpikir dan pandangan kau bukan setakat pandangan budak sekolah tapi pandangan deras seorang manusia yang menuju hari kematian.
Aku rasa pelik dan harian jugak dengan diri aku. Aku rasa kecewa yang teramat sangat dengan diri aku ni. Patutnya aku rasa aku boleh meletakkan diri aku ni lebih tinggi dari sekarang. Mungkin Tuhan lebih memahami apa yang sebenar-benar aku perlukan.

Aku pun dah bosan menghadap facebook dan twitter tu. Perasaan manusia yang dikongsikan secara terus menerus dan mengharapkan respon  agar dapat sama-sama berkongsi pendapat bagi aku adalah hipokrit gila babi yang terlalu kritikal. Rasa semak bak kata kawan aku yang cuba sekali meludah kebaikan fb dan twitter yang kurang menjamin peningkatan kesihatan manusia.

Aku pun dah meluat dan rasa tak tahu nak katakan apa lagi . MAAF di pinta..selamat malam

Khamis, 22 Mac 2012

Tersentak

Aku pun tak tau nape aku jadi sangat tak betul dalam beberapa hari ni. Aku suka jadi egois, kasar dan berpura-pura. Aku bukannya nak sangat jadikan diri aku macam ni. Cuma aku mungkin malas nak merubah takdir hidup aku sendiri. Aku suka membazirkan masa, ruang dan apa lagi aku pun tak tahulah

Aku tak pernah nak sakitkan hati orang lain. Mungkin aku ni terlalu merendah diri. Aku cuba jadi kuat kot. jadi kuat emosi. Menjadikan hati dan emosi ni cerdas. Tapi makin lama aku makin tertindas dan tertimbun dengan perasaan aku sendiri. Padan muka aku sebab banyak sangat kerenah yang ditimbulkan menjawablah aku. Hidup aku sebenarnya dah cantik perjalanannya. Mungkin beberapa sebab buat aku jadi lari dari cerita ku sekarang.

Aku dah penat nak layan semua hal ni. Walhal bukan aku buat apa pun. Aku tertekan dengan diri aku sendiri. Alahai manalah kekuatan aku sebelum ni. Serius jiwa ni macam dah hitam. Semua jadi kabur, semua jadi tak menentu dan semua jadi lesap. Sedihlah aku jadi macam ni. Sedih sangat kot. Apa lagi aku boleh janji dengn diri aku ni. Takkan nak biarkn orang tua aku meninggal baru aku nak celik mata.

Aku pun semakin jauh dari Tuhan. Tapi aku mengeluh kat manusia lain yang aku sedang berbicara dengan  Tuhan...

Ahad, 18 Mac 2012

Lagu indah dari Band Indo

Antara lagu yang aku sedang layan


Lirik Lagu Seventeen Hal Terindah 

sampai saat ini rasaku bertahan di sini
rasa yang tak akan hilang oleh waktu
* kau tidak di sini, akupun tiada di hatimu
jiwaku ikut menghilang bersamamu

reff:
tak terkira di sampingmu
adalah hal terindah yang pernah ku inginkan
tak terkira di pelukmu
adalah hal terindah yang pernah ku rasakan
repeat *
melukiskan segenap keindahan dirimu
hanya kau yang aku mau, kamu kamu
repeat reff
tak terkira milikimu
adalah hal terindah yang pernah ku dambakan
tak terkira dekapanmu
adalah hal terindah yang pernah ku dapatkan
takkan rela melepasmu
walau di hadapanmu ku kan terus menangis bahagia 






Lirik Lagu D’Bagindas Maafkan Aku 

maafkan ku menduakanmu
mencintai dia di belakang kamu ooh
salahkan semua tingkahku
yang keterlaluan menyakiti kamu, kamu

ku tak bisa menahan rasaku saat kau jauh dariku
tak bisa hidup tanpa cinta, cinta

maafkanlah aku melukis luka
membuatmu bersedih mengundang air mata
cinta tak mengapa kau marah
tapi satu ku pinta jangan kau usaikan kita

ku tak bisa menahan rasaku saat kau jauh dariku
tak bisa hidup tanpa cinta, cinta

maafkanlah aku melukis luka
membuatmu bersedih mengundang air mata
cinta tak mengapa kau marah
tapi satu ku pinta jangan kau usaikan kita

maafkanlah ku melukis luka
membuatmu bersedih mengundang air mata
cinta tak mengapa kau marah
tapi satu ku pinta jangan kau usaikan kita

maafkan aku, maafkan aku
maafkan aku, maafkan aku, maafkan aku


p/s: bagi aku apa yang mereka kongsikan bolehlah tahan.

Jumaat, 16 Mac 2012

Aku seorang Presiden

Aku dilantik menjadi Presiden suatu kelab bagi program aku di Unisel ni. Walhal desas-desus pengganti saudara Hakimi lebih dikaitkan antara Saiful Bakri dan Razif Ahmad. Di akhir kesudahannya aku yang menjawat title tersebut. Pada permulaan bagi aku rasanya memang bangga baiii. Serius teruja pun ada. Sebab aku sendiri tak pernah jangka akan pegang jawatan tetinggi tu. Jadi orang hebat memang payah. Bukan sukar nak rancang elemen perjalanan cuma nak menjadikan realiti tu banyak sangat dugaannya.

sekarang ada yang panggil bos , ada yang panggil preseiden
Dan aku..aku mampu diam dan senyum