Rabu, 18 Mei 2011

impian : di bawah pokok


selamat ducapkan kepada sang pembaca sekalian. Adoiii oh cerita tentang impian kan. Aku punya impian yang agak mencabar keikhlasan hati bernama lelaki ini. manusia yang hidup dengan hati yang bersulam ego dan dilengkapi dengan pesona artistik jiwa yang pelbagai. mereka yang tahu maksudku tahu menilaieeti,kehidupanku dalam kehidupan mereka. Insan ini cuba bercerita tentang maksud percintaan yang mungkin ala-ala tahap dewa. pernahkah sang pembaca cuba membayangkan bila anda menemui cinta yang selama ini menjadi persoalan akan tetapi anda telah menemui jawapannya. jawapan yang membawa kepada seribu kebahagiaan.Aku percaya aku akan menjumpainya. Walau ia mengambil masa yang lama namun aku pasrah menunggu. Selama ini aku berjumpa dengan pelbagai jawapan yang membawa kepada kewujudan persoalan yang semakin rumit. Biasalah perempuan mereka itu misteri. Bait-bait kata mereka mewujudkan pelbagai keasyikan rasa. Memang bingung kalau difikirkan. Tetapi ayohhmanusia yang bernama laki-laki teguhkan jiwamuagar tidak tersasar. Seks itu memang penting tetapi tunggulah masanya. Kau menyentuh perempuan bermaksud kau telah cemari dirinya. Impian ku sebenarnya mahu berbaringan di peha isteriku nanti. Aku mahu dia membelai rambut ku sambil matanya melihat mataku. Sinar matanya pasti membuat aku terdiam dan aku rasa kehidupanku sudah cukup stabil dan telah dilengkapi oleh salah satu persembahan dari surga. mungkin sebelum ini bidadari itu telah kesunyian namun ia telah memilih diriku untuk saling menghirup angin-angin cinta di dunua gila ini.Aku melihat perempuan itu sehingga aku sendiri malu untuk memegang tangannya.malu untuk mencemarinya. Terdiam bait-bait indah gurindam cinta untuk mereka yang selalu aku perdendangkan dengan bukan sedikit kejujuran.dia bakal jad kekuatanku dan dia menjadi tempat bermanja sampai pejam mata insan kerdil ini..wallahualam