aku terbaca dari artikel sebuah laman web www.iluvislam.com tentang artikel aku masih solo. Alkisahnya aku baca saja-saja je. Last2 aku terpikir kembali perkataan solo. Apa itu solo??? Solo yang bermaksud sendiri. Sendiri dalam menuju kehidupan. Dulu aku rasa Tuhan tak beri aku pasangan. Almaklumlah ilmu pun masih cetek ketika itu. Masih anak-anak yang tau isap gula mentos kah2, sekarang sudah hisap benda yang pandai keluarkan asap kah2. Rupa-rupanya berkawan itu adalah manifestasi kehidupan yang amat terbaik bagi usia remaja ini. Tau sajalah perempuan. Baik sikit perangai kita wah macam apa kita nya dipandang. Mungkin dia ingat kita ni calon suami yang paling best untuk dipilih kah kah. Tapi bagi kita sang lelaki apa kita buat sama perempuan sama macam baju bundle..Memang enak mulanya last2 pudar..Begitulah cinta. Lepas dah dapat semuanya ditinggalkan kemanisan yang semakin hilang. Itulah manusia yang dah dibagi indah dicari pula yang hina.
Mak aq sudah bercakap sesuatu dengan aq yang aq rasa amat mendalam perkataannya..walaupun mak ku bercakap dalam nada bergurau tapi ada pedas kot dalam niatnya itu. Sepatotnya kau sudah boleh mula serius dengan sekeliling kau. Wah apa yang perlu aq serius??? Sejak aq memegang buku yang berfahaman agama adusss aq tergamam dibuatnya. Yang indah itu bukan isi dunia aja tapi Tuhannya yang perlu dicari keindahan cinta terhadapnya. Sakit sebenarnya diri ini mahu menjadi matang. Pecah nak meletup bila memikirkan keseriusan dalam kehidupan ini.Kalau aq tgok cerita The Arrivals rasa seram sejuk sudah datang.Mana taknnya si dajal nak datang bumi. Aq ni dahlah lemah semangat. Ilmu pertahanan diri pun tak ada. Tau buat lawak adalah. Emm sepatotnya aq semakin ready dengan semua ini ...Tapi aq pula semakin halam
"Berangan mencari kesempurnaan"
Orang gila itulah aq. Aku lah yg lyk digelar gila di dunia ini. kah2 apa tak nya aku sibuk mencari perempuan yang boleh aq jadikan peneman hidup aq di dunia ini. Aishh nak kata aq tak cermin muka hari-hari aq cermin mukak aq mana tau makin hensem kah2. Bodohnya aq kah2. Aq terbaca artikel yang menyatakan kalau mahu mencari kesempurnaan pada pasangannya carilah bidadari di surga nanti. Itupun kalau masuk..Di dunia ni perlu cari yang simple dan boleh jaga diri kita time tua je nanti. Mana taknya nanti dah tua sapa lagi nak kita harapkan kalau bukan bini kita yang jaga kita..Itu untung kalau bini kita tak nyanyok nak layan kita. arghhhhhhh kehidupan mahu jadi solo tapi perlu bantuan dari manusia lain juga untuk terus hidup....Tuhan kuatkan semangat ku.