assalamualaikum kepada pembaca yang masih lagi tidak jelik danpening membaca karya penulisan blog Teriak Sang Pemikir.Sebulan aku berada di kampung halaman ku di Batu Pahat bagi menghabiskan masa-masa longlai dan sunyi di rumah. Aku telah menghabiskan masa cuti sem ke 3 ku dengan penuh suka duka sama macam cuti sem lepas. Apa yang pasti cuti semakin mahu habis dan bakal pulang ke gua keramat Universiti Selangor bagi meneruskan momentumsebagai pelajar. Apa lagi untuk bertujuan memeningkan kepala sekali lagi bagi menghadapi assignment yang menggugat snubari pemikir ...kah2 ayatnya saja macam serius begitu. Sedangkan ambil psikologi saja bukannya law..Time cuti yang bosan aq asyik main mesej dengan perempuan. Aku ni sebenarnya dah clash dgn awek yang sekarang mi. Tapi nak tinggalkan sayang. Kadang-kadang ego yang bermain di setiap penjuru hati. Kadang-kadang aku main mesej dengan kawan perempuan yang lain..Tapi yang kelakarnya aku panggil diaorang dengan perkataan sayang. Wah bukan main gatal lagi ya aku ni. Tak sedar diri. Kah kah kah.
Biasalah lelaki kalau dah menggatal ni payah nak ubat ..Dah pernah bermanaja dengan perempuan macam tu la balasannya.Tapi kita tak salah sebenarbya. Yang salah perempuan.Betulkah>>> haha..Yang perempuan manja sangat kenapa?
Aku pun makin lama aku pikir makin seriau.Seriau dan makin buat aku semakin tak menentu. Tapi bukan aku ni sekadar pikir-pikir kosong. Pikirkan konsep keterjadian manusia serta peranan dan kekuatan fungsinya yang memberikesan kepada pembalasan diri kita. Sayangnya apa yang aku lihat konsep kita lalui sekarang ialah hari ni kita bercakap pasal perubahan yang sepatotnya berlaku pada sisi masyarakat dan menidakkan perangai mereka tetapi selepas keesokan harinya kita cuba melalui satu saat dan minit seterusnya tentang perkara yang kita bualkan semalam. Kita ni mungkin terlalu selesa dan kejap alpa dan kejap je mahu berunsurkan diri agar positif.Namun apa yang pasti semua ini banyak yang berlaku atas tindak tanduk rakan. Manusia sememangnya mudah untuk dipengaruhi dan belajar mengikuti tindak tanduk seseorang.
Sayangnya sekaran bagi aku, mungkin aku ini belum diuar-uarkan kembali dengan kesan negatif jika aku terus alpa cuba menidakkan kejadian sesuatu atas mungkin memang hendak begitu jadinya. Perkara buruk mungkin boleh dielakkan sekiranya kita terlebih dahulu mengetahui apa yang sepatotnya perlu dilakukan.Konsep aku dalam menyebar pemikiran tentang keagamaan kadang-kadang dilayan seperti manusia yang tidak berpakaian. Mereka malu untuk turut serta untuk sama-sama berkongsi pandangan dan memberi kenyataan ketidakpuasan hati mereka.
Aku ingin benda ini berterusan untuk dilakukan semoga kita terus diberkati dan di redhai Tuhan atas pemikiran kita yang sanggup mengingat dunia yang asalnya kita terlalu leka dan mencampakkan diri kita ke arah satu dimensi buta. Dimensi yang dirangkumkan dengan keseronokan.
Aku berharap Allah akan terus meniup angin-angin perubahan dalam diriku semoga aku lebih tawakal dan istiqamah dalam menuju seribu batu perjalanan kehidupan..Amin.