hari ni aku termenung sekali lagi..terdiam dan terpaku kesunyian..Melihat omongan kosong pada laman facebook. Apakan daya manusia memang suka benda yang jijik. Dari azali pun dah memang perangai mcm tu. Aku sebenarnya rasa kecewa dengan diri sendiri. Walaupun aku sudah berada di universiti dalam tahun kedua tapi hati aku ni bagaikan pendirian seorang kanak-kanak kecil
anak kecil yang terlalu bodoh dalam mempelajari sesuatu. Aku ni kalaulah mahu memutarkan kembali waktu mahunya aku perbetulkan kembali langkah-langkah sumbangku.
dunia kalau aku layan akan buat aku kecewa , hidupan di dunia menyelar aku sombong kalau aku berdiam diri. Tuhan pun tak suka makhluknya melakukan perkara yang tidak berfaedah. Mana solatku? mana amalan baca al quran ku? mana zikir ku? mana amar maaruf nahi mungkar ku? aku bagaikan subjek yang gagal. GAGAL menepati citarasa kehendak Tuhan. Apa yang sebenarnya terjadi pada aku? Ego atau aku alpa terlalu lama.
Aku diberi peluang tapi aku mensiakannya. Tuhan , aku tahu kau mendengar permintaanku aku tau kau sedang meyuruh aku belajar mencari hikmah
Mu Ya Allah. Apakah aku ni terus menjadikan dosa-dosa sebagai pakaian aku ya Allah. Ya Allah tolonglah aku Ya Allah. Aku rasa sedih sangat dengan diri aku ni Ya Allah.
Mati aku kalau sekadar pelaku dosa di atas muka bumi ini ya Allah. Adakah manusia selain aku ini sekadar penambah dugaan. perlukah aku terus menyendiri dan melakukan segala tuntutanmu Ya Allah. Aku malu Ya Allah. Aku tersangat malu dengan diri ku ni Ya Allah.
