Salam-salam salam bahagia kepada anda yang menyambut hari lahir. Alhamdulillah boleh bernafas dan nikmati hari-hari indahkan. Jangan sedih dan jangan muram kerana Tuhan memberikan sesuatu yang terbaik untuk awak. Tahniah di mana juga anda berada. Hidup perlu indah kerana putarannya masa hanya sekali. Hati perlu bersih kerana warna hitam bukan suatu warna yang suci untuk seketika. Naluri manusia yang tidak berkesudahan perlu diisi dengan persepsi yang lebih matang. Ini kerana semakin dewasa kita semakin kita diperhati oleh orang ramai.
Ingat anda perlu berani melalui rintangan. Kadang-kadang manusia sekeliling cuba beremosi dengan anda. Tapi anda perlu layani dengan seimbang. Bila kita berkata-kata kita perlu berhati-hati. Pada aku secara amnya aku rasa aku boleh bebas melaungkan apa saja. Tapi apakan daya manusia hatinya mudah tersentuh. Kalau kita banyak persoalkan apa yang berlaku sekeliling kita tak salah sebenarnya tapi perlulah berpada-pada.Kita perlulah sayang orang yang tak sayang kita.
Hari lahir adalah hari buat kita tertanya apa yang istimewa pada hari tersebut. Semestinya dapat panggilan percuma tapi bukan itu hadiah yang terbaik. Mungkin hadiah yang terbaik sedang dalam "pembikinan" untuk masa yang lebih baik. Bersyukur dan mencintai Tuhan secara terus adalah perkara yang utama. Tanpa Tuhan siapalah kita kan. Sayangi Tuhan kerana sebaliknya Tuhan lebih menyayangi makhlukNya
Harap hari kita dilahirkan itu mengenangkan kita taubat kepada Tuhan
Harap apa yang kita hajati akan tercapai
Harap hari indah akan datang dengan segera
Harap mata ini dapat dikelipkan selagi sempat
Harap Tuhan menemani kita selamanya
So kenanglah hari anda diciptakan.
Bukan susah, ambik wuduk dan sujud kepada NYA....

