Jumaat, 23 Mac 2012

Apa saja untuk Tuhan


Semester kelima aku telah menzahirkan diri aku ini di sebuah tempat menimba ilmu. Sedih masa masuk dulu ye la sorang-sorang terpacak kat sini. Tapi sekarang aku dah berjaya atasi semua kekalutan itu. Masa aku update blog ni pun aku sebenarnya dah nak exam. Biasalah skip nak ulang kaji. Aku padahal nak balik kampung tapi bila pikirkan balik perjalanan yang horror dan memenatkan buat aku rasa malas nak balik.

 Semester kelima ini telah banyak aku pelajari dan fahami akan pergerakan dan tingkah laku manusia itu sendiri. Aku bukan nak merasakan aku bijak pandai ke apa tapi biasalah rasanya wajar jugak aku cuba selitkan pemahaman aku tentang apa yang perlu. Ikutkan takdir aku duduk hostel dan disebabkan rasa fed up dan menyampah aku keluar menumpang rumah member aku kat BB ni a.k.a Bestari Jaya. Hahaha aku harap member aku si Saiful Bakri ni tak marah lah aku menumpang secara free dirumahnya. Kira ok la aku dah basuh pinggan, kemas rumah dan sebagainya.kah3.

Di Unisel sekarang macam-macam cerita. Aku dah dilantik jadi presiden kelab untuk course aku sendiri. Aku ingatkan kelab tu bagus. Rupanya kelab tu umpama "hidup segan mati tak mahu". Anda bayangkan betapa perih dan terseksa batin aku nak menghadap permintaan rakyat jelata aku nanti , ahahaa. Aku pun tak sangka aku boleh pulak dapat jawat pangkat sebegitu tinggi. Aku ni apalah sangat kan , digelar sombong, ego dan sombong, sombong dan sombong. Aku ni kalau hensem tak la aku rasa sombong. Nak je aku rapat dengan kau orang. Hahaha. Disebabkan aku dah macam afdlin shauki so aku kena la rasa merendah diri sedikit. Aku percaya kepada mereka yang rasa diri mereka tu kenal sangat diri aku diaorang tahu yang aku ni tak sombong. Lagi la aku kat kampung ni keje nak buat lawak bodoh je. Apalah nasib kan. Aku tak mintak pun berpura-pura. Mungkin tu buat aku rasa selesa walaupun aku rasa terseksa.

Aku kat tempat belajar ni dah rasa cukup pening kepala dengan permintaan manusia. Kadang-kadang mengalahkan permintaan Tuhan. Ye la kau sudah matang dan mampu berpikir dan pandangan kau bukan setakat pandangan budak sekolah tapi pandangan deras seorang manusia yang menuju hari kematian.
Aku rasa pelik dan harian jugak dengan diri aku. Aku rasa kecewa yang teramat sangat dengan diri aku ni. Patutnya aku rasa aku boleh meletakkan diri aku ni lebih tinggi dari sekarang. Mungkin Tuhan lebih memahami apa yang sebenar-benar aku perlukan.

Aku pun dah bosan menghadap facebook dan twitter tu. Perasaan manusia yang dikongsikan secara terus menerus dan mengharapkan respon  agar dapat sama-sama berkongsi pendapat bagi aku adalah hipokrit gila babi yang terlalu kritikal. Rasa semak bak kata kawan aku yang cuba sekali meludah kebaikan fb dan twitter yang kurang menjamin peningkatan kesihatan manusia.

Aku pun dah meluat dan rasa tak tahu nak katakan apa lagi . MAAF di pinta..selamat malam