Ahad, 23 Oktober 2011

Hippocratic begin to empty

Oh hipokrasi yang bermula dalam diri. Kapan mulanya semua ini. Adakah aku yang terus mewujudkan budaya ini atau pun ia wujud sendirinya. Oh lemah lentok la aku nak pikir benda-benda begin.Damn! sekali lagi aku cuba menimbang kati harga ego ini. Ego ini rasanya perlu dalam kehidupan tetapi aku telah memanipulasikannya dalam harga cinta. Cis aku memang tak boleyh blah dgn perkataan cinta.Asyik-asyik cinta. Cinta akan datang dengan sendirinya mengikut ruaang waktu yang tiba. Tiba? apa pengertian tiba pada aku. Padahal ia udah dtg berkali-kali datang tapi aku yang gagal memahaminya. Peduli apa aku dengan cinta. Dey jalan lah. Bagi aku cinta itu seperti cawan yang ditunggu-tunggu apakah jenis air yang bakal dimasukkan ke dalam. Aku mahukan airnya itu mengikut sekera aku. Kah2 tapi sebelum ni macam-macam air yang dah aku rasakan tapi semuanya hambar. Hambar mengikut piawaian manusia kerdil seperti aku.

Cinta itu buta. Yup memang buta dan gila babi. Aku rasa perlunya penggunaan dadah dalam cinta.Dadah yang amat penting. Tapi secara realitinya dadah saja memang akan mengefek secara terus kepada jiwa dan raga manusia.Ketepikan soal cinta yang tak membawa kepada apa-apa. Mari kita bercakap tentang kebenaran ..Ya itu yang aku perlu tekankan ..Kebenaran perlu diuar-uarkan kepada semua. Tapi selepas disebarkan kebenaran semua berfikir dalam konteks kebaculan. Ya ramai orang bacul. Bacul dengan Tuhan dan agama mereka sendiri. Kata berjanji Allah maha besar Dan Muhammad pesuruh Allah tapi ramai yang bertindak membelakangkan Tuhan. Aku juga sering terpikir apakah kita semua ni jadikan dunia sebagai taman permainan yang penuh dengan keegoan dan kebencian ke??? Aishhh berpada-padalah sekalian manusia termasuk aku. Kita ni bukan sebagai mesin yang berjalan mengkiut syarat program yang ditentukan. Allah dah memudahkan perjalaanan kita tetapi kenapa kita diperbodohkan oleh jiwa kita sendiri. Geram aku dengan sekeliling aku. Semuanya tak betul, semuanya sudah lari dari sebatang jalan yang lurus. Ramai yang menduga perjalanan yang berbengkang-bengkok.Mungkin seronok kalau dapat mencabar kekuatan Tuhan bagi mereka yang lalai.

Aku lebih suka berdiam berfikir semua ini. Perlu ke aku diam diri dan bertindak seorang diri. Aku rasakan tiada tangan yang mahu memegang tanganku ke arah jalan yang benar. Perlunya aku menjeritkah di dalam kelompok mereka!!!!!! Mana kebenaran yang kau pahami. Aku bukan hendak menunjuk aku bagus sangat , tapi aku mahu juga melihat sinar agamaku berterbangan meresap ke dalam jiwa manusia. Iaitu jiwa rakan-rakanku, keluargaku dan semua makhluk manusia di muka bumi ini..