Sabtu, 29 Oktober 2011

Maafkan aku dewa cinta palsu

Jumaat, hari yang cuba menceriakan aku dengan bangun lambat pada waktu siang. Oh cukup bosan bagi aku terbabas bertemu Tuhan di pagi hari. Aku merasakan hari yang mendatang dan hari yang pergi membawa kisah keceriaan dan kesedihan.

Tapi wahai setiap insan janganlah kau khuatiri dengan semua ini kerana hikmah pasti ada dalam setiap perkara. Sekali lagi aku minta maaf kepada semua kenalanku atas apa yang terjadi. Mungkin wajah suram yang berpintalkan luka-luka lampau membuatkan kalian kurang selesa dengan kehadiran aku.

Terima kasih kepada orang tuaku yang bersusah payah ke atasku dalam mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk diriku.

Kepada dewi-dewi cinta, terima kasih memberikan ku sejengkal ruang jari untuk aku bertapak dalam diri anda semua. Lepasan nafsu dan bait-bait cinta aku kepadamu jadikanlah sebagai lukisan kisah aku.
Aku akan kenang setiap masa kita bersama dan aku takkan terus melupakan engkau yang digelar "gadis"

Perjalananku setakat ini penuh dengan haru biru dan turun naik iman aku. MAafkan aku tidak menjadi yang terbaik untuk kalian. Bukan aku jadikan boneka tetapi kamu semua tetap menjadi penghibur dikala kesunyian

Kepada sekelilingku,
aku mohon seribu kemaafan atas perlakuanku terhadap kamu. Dunia maafkan aku mengotorimu. Kepada jasad maafkan aku tidak menjagamu dengan baik kerana aku merokok. Kepada jiwa maafkan aku tidak memenuhi tintisan rohanimu.

Kepada Tuhan
Maafkanaku, ampunkan aku kerana tidak menegakkan agamu Ya Allah. Maafkan aku membuat mungkar tetapi tidak menzahirkan amar maaruf.

Maafkan aku masa
tidak menghargaimu seperti emas.
Maafkan aku kalau terus aku termenung membuang masa

Kepada dia
terima kasih menyayangiku
Terima kasih kerana sudi
melihat senyumanmu
terima kasih kerana
menghargaiku...