Sering kali disalah erti pandangan manusia terhadap kita. Kenapa kerana wujudnya ego yang menjadi Tuhan dalam diri kita.Tuhanku adalah ALLAH dan tuhan kecil yang cuba diwujudkan manusia itu adalah tuhan ciptaan manusia. Aku adalah manusia bernama sapik dan terus menjadi episod-episod sepi bagi mereka yang rasa aku adalah orang yang tak mampu bergaul dengan orang lain.
Aku bukan cuba untuk mewujudkan mimpi-mimpi indah dalam hidup aku untuk hidup seorang diri, tapi mungkin kadang-kadang keindahan itu cuba dinikmati seorang saja. Mati pun cuma ditemani amal dan bakti di dunia dan terus bangun bangkit meneruskan kelansungan dan kesinambungan epik cinta agung kepada ALLAH untuk menetap di surga.
Aku bukan sekadar bercerita gampang dalam mewujudkan cerita-cerita dan impian yang berpasang surut. Aku bukan pengdeklamasi sajak yang beralun-alun memeriahkan kerancakkan bahasa yang ditulis dengan emosi yang lahir dari setangkai hati ini. Ini semua kerana keramat akal yang dikurnia dari ALLAH bagiku untuk cuba berteriak menerusi laman penulisan.
Takdir manusia bukan diilhamkan menerusi pandangan manusia sebagai penyelesaian.Takdir dihadapi dengan kesabaran dan keyakinan. Ada orang acap kali melaungkan ayuh kita mengubah takdir. Tapi secara tidak disedari ramai yang mengatakan ah ikut je la takdir ni.Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Itulah persepsi manusia yang cepat dan kreatif untuk merehatkan jiwa dan minda dengan menjadikan persoalan takdir dan hak-hak Tuhan itu sebagai mainan kata-kata. Bukannya kita mampu untuk terus mengolah kata dan mendiamkan persepsi mereka dengan peranan masing-masing. Ada yang hebat dan lantang bercakap dan ada yang terkedu diam seribu tahun kerana malu. Tapi aku cuba berbicara menerusi mata ini. Mata ini yang cuba mendamaikan pandangan hati dan isi-isi hati manusia lain. Mata ini memang sekadar melihat dan memerhati tetapi mampu perubahan dari pandanagan itu akan meresap ke akal dan turun ke hati.
Diam-diam ubi memang berisi..Tapi diam-diam dadah boleh melayang kepala ke udara.