Lewat malam aku cuba taip kan sesuatu yang boleh pembaca terus terusan baca minda separa sedar yang aku cuba ukir kat blog ni. Biasalah manusia prinsip hidupnya ada yang berlandaskan nafsu dan ada yang berterusan berpegang janji dengan Tuhan. Ok masalahnya sekarang aku nak lontarkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Lebih-lebih lagi dengan isu laungan suara demokrasi oleh pejuang-pejuang darah campuran kebachulan dan keberanian oleh aktivis di luar sana. Aku yang menumpang mengorek ilmu di bumi Unisel ni rasa tercabar dengan laungan kalimat mereka berkaitan kebebasan akademik. Memang tak dinafikan propaganda yang tercetus bila pm yang disanjungi telah mengeluarkan statement " mahasiswa bebas berpolitik".Kepada gerakan atas tanah yang terang-terangan berjuang , syabas aku ucapkan.
Kepada Adam adli tahniah aku ucapkan kepada engkau kerana menjadi pelopor utama dalam merancakkan lagi industri demokrasi dalam kalangan mahasiswa. Adam adli pun aku telah berhadapan dengan dia dan aku dapat melihat tindak-tanduknya yang cuba meraih perhatian mahasiswa. Baru-baru ni dia ada datang ke Unisel bagi menjayakan dan memanaskan keadaan Unisel. Hahaha. Memang real beb. Orang yang sering berkumandang disebut namanya di media massa dan apa sekalipun media di dunia ni dapat juga aku bersemuka.Cuma aku tak dapat nak bergambar dan bersalaman. Kerana aku dihujani dengan persepsi orang-orang disekeliling aku. Biasalah manusia senang-senang melemparkan pandangan terhadap sesuatu perkara. Mungkin kalau aku upload gamabar aku bersama Adam adli , maunya aku dicemuh dan diperli. Oh ok mungkin tiada rezeki aku nak buat cam tu kan.
Elemen yang aku lalui malam itu terus aku membawa roh aku ke dalam pemikiran yang lebih moderate. Wah apa tidaknya perjuangan beliau yang sia-sia melalui jiwa-jiwa manusia berunsur negatif. Aku secara peribadi rasa kurang berminat dengan cara demonstrasi yang beliau lakukan di perkarangan UPSI pada malam tahun baru. Asas demo yang beliau cuba wujudkan ialah kebebasan akademik. Aku pun tak jangka la yang mamat ni boleh pergi jauh menerusi status beliau pelajar IPTA. Sepatutnya tindakan beliau perlu lah lebih kreatif dan lebih relevan. Sekadar membawa keranda dan meletakkan gambar pm dan dicaci serta memaki tak mesra nampaknya.Darah muda perlu diolah dengan lebih berhati-hati. Ini kerana yang atasan boleh melakukan apa-apa saja untuk memastikan kedudukan mereka tiada terganggu.
Apa yang aku boleh rasa mungkin Adam adli dah tak boleh tidur dengan tenang dan lebih dibayangi oleh group-group penentang. Baisalah group-grop yang bertemakan duit dan harta benda rela saja melenyap dan melupuskan terus kebebasan bersuara oleh rakyat jelata yang bijak pandai di bumi Malaysia ini.
Pada halaman facebook aku rasa agak tercabar dan terkesima dengan pendirian cikgu aku yang cuba nak membuktikan nahasiswa perlu lupakan peranan politik mereka demi menghadap skrol. Apa kejadahnya. Kebanyakan komen-komen yang diberikan lebih berunsur berat sebelah. Cikgu ni pula terus tak bagi can yang kalau dah mahasiswa tu duduk je dalam linkungan mahasiswa. Tak boleh bersuara. Dan kawan-kawan aku kononnya lebih membidas dengan kata-kata indah dan bersulam ayat-ayat pak arab. Boleh jalan dah dengan pemikiran seperti itu. Apa yang aku rasakan sekarang ni kita terlalu memberi peluang a.k.a can kepada mereka. Biasalah mereka hidup senang tak ada masalah. Orang-orang di IPTS ni kan seolah-olah dianak tirikan.
Senang cerita la, kepada mereka yang rasa boleh gembira, enjoy idup senang-senang sudah-sudahlah. Ubah gaya pemikiran yang menyedihkan tu. Jadi lebih matang dan terbuka.Dunia tempat pementasan episod manusia yang bercampur baur menerusi nafsu dan iman...wallahualam