wajah selalu menjadi bahagian pertama dalam menafsir manusia. Kenapa? Mungkin melalui wajah itu akan menimbulkan suatu perasaan. Kalau yang indah rupanya rasa nyaman untuk ditegur sapa. Kalau yang haru biru wajahnya mungkin akan menjadi sekadar tatapan pandangan untuk seketika. Apa yang menceriakan hati kalau bukan wajah.Melalui wajah seseorang itu akan cuba mentakdirkan keputusan hidupnya.
Cinta juga dirujuk dalam wajah. Cinta rupanya membutuhkan wajah sebagai aset utama. Tapi perkara terbaik Tuhan tidak melihat wajah tetapi amalan hambanya. Aduyai mahu menulis tetang wajah ni rupa-rupanya membosankan. Wajah, wajah dan wajah. Wajah muda yang bakal tua. Dihiris oleh masa dan kenangan. Titik akhirnya terus ditutup dengan tanah-tanah bumi yang cuba melindungi dari pandangan manusia lain.
Bagi peraih-peraih jiwa manusia tidak salah kau untuk mentafsir wajah manusia lain. Tapi perlulah kau memahami wajah adalah lapisan kulit paling tipis pada raga manusia. Yang perlu dititikberatkan dan dipersoalkan ialah nilai ketulusan hati...wajah beremosi bersama hati...sekian
