10.31pm masih terus aku cuba gagahkan mewarnai blog teriak sang pemikir ini. Walhal aku memang sedang mengalami masalah akan tetapi aku masih ingin cuba suarakan kehendak ku.Kehendak aku sebagai manusia yang boleh berfikir dan memecahkan kelompok awan-awan egois yang cukup tebal dalam kalangan ahli manusia di mana aku cuba kecikkan skopnya kepada mahasiswa. Ok senang cerita kita sebagai mahasiswa perlu bertindak mengikut kesesuaian.
Konon nya aku balik dari makan tadi aku terjumpa dengan sekelompok manusia yang menggelar mereka pembantu mahasiswa. Tapi bagi aku mereka tu sekelompok orang yang " entah apa-apa"..konon cuba membangkitkan semangat kekitaan dalam kalangan mahasiwa tapi sedangkan yang berlaku adalah indah khabar dari rupa. Contohnya mereka cuba membawa angin perubahan dengan berbekalkan speaker dan mikrofon untuk meniup ucapan-ucapan yang boleh membangkitkan perasaan untuk berubah.Maka apa yang mereka jangkakan adalah mereka telah cuba untuk mengubah gaya-gaya pemikir-pemikir semulajadi untuk menjadi lebih kritikal dan agresif.Cehhh.. boleh pergi jauh ke dengan gaya yang tak sesuai dengan masa? Maksud aku bukan aku cuba nak berlagak bagus tetapi aku nak mereka yang menjadi pelopor pembangkit semangat ini perlu lebih kreatif dan kehadapan.
Bagi aku kompleksnya manusia itu berfikir adalah menerusi kaedah yang perlu bersesuaian.Kau mahu orang mendengar kata-kata kau tetapi kau cuba mewujudkan elemen suci kau yang entah apa-apa. Boleh tak kalau kau mahu mewujudkan diskusi dengan mahasiswa itu dengan lebih kreatif. Mahasiswa yang kehadapan perlu lebih mahir memikir untuk menjadi pemimpin yang dicontohi dan disegani.
cuba kau lihat gambar di bawah ini..boleh ke begitu???
