Ahad, 8 Januari 2012

disko manipulasi diri sendiri

Petang ahad.Angin bayu dari redahan ombak pantai sumatera menerobos ruang sendi dalam kepala aku ini. Hari ini hari menyelesaikan masalah yang wujud. Tiada lagi tolehan belakang dalam menangkap tangan-tangan yang terbiar. Boleh rasanya aku mahu menampar bayang-bayang sendiri yang kadang-kadang di hadapan dan di belakang aku. Mereka pasti tertawa dan senyum mengenangkan kisah diri sendiri yang kononnya lebih bernilai dan merasakan diri mereka adalah manusia yang cukup bahgia senantiasa. Manusia itulah biasanya menjadikan makanan perasaan dirinya berbau ego,ketamakan , penindasan dan menyembah berhala ciptaan mereka sendiri.

Rasanya tak mahu tertekan nak tulis blog secara panjang lebar..sampai di sini sahaja..MERDEKA + BAHAGIA= AHAD