salam keramat untuk warga malaysia yang boleh menghentikan peningkatan populasi anak haram ..kah kah kah.. kenapa aku terus lancang nak bersuara begini. Bagi aku, patut dimulakan dengan bahasa yang agak gah kerana baru julung kalinya tonton ombak rindu. Bagi mereka yang suruh tengok cerita tu sampai dua tiga kali memang macam gampang. Cerita tu aku rasa adalah kesimpulan pemkiran yang ibarat telur di hujung tanduk . Memang tak boleh blah cerita tu sebenarnya. Cerita nya seorang perempuan melayu yang islamik kolot giler. Kena jual dgn pak cik , kena bogel dan kena main. Unsur porno yang cuba diwujudkan memang boleh menaikkan lagi taraf pemikiran seks bebas di negara ni. Come on lah rakyat malaysia. Bangkitlah. Takkan kau orang nak menjadikan medan seni sebagai batas nak memandulkan pemikiran melayu.
Cerita cinta , seks yang tak sampai 5% dan air mata yang tak berkesudahan.Nak ditekankan bahawa memanglah yang membuat cerita tu nak kaut untung je. Buka nak lebar sayap-sayap pemikiran islamik dengan lebih agresif.Pada aku baik buruk biarlah diri tu yang menilai. Kita ni memilai memang kena maki la kalau mintak orang lain setuju dengan penilaian kita. KAH KAH KAH. Serius aku pun bosan tengok cerita ombak rindu ni. Apa boleh buat kawan ajak teman.. pergi jelah. Sekurang-kurangnya muka wellfare macam aku ni adalah inisiatif nak gerak pergi meriahkan majlis. Tak macam lain..opssss haha macam haram la nak ops ops la plak..