Menjadi orang gila di pagi hari yang berjampikan setitik nilai kemanusiaan untuk terus berkongsi rasa hati ini. Aku hamba Tuhan yang lebih bertindak mengikut kehendak diri sendiri dan terus melayari suasana sekeliling tanpa memikirkan terus perasaan jiwa-jiwa disekelilingku.
Kepuasan manusia menggenggam janji dengan selimut yang menyebulungi diri aku tidak sertai. Aku terus mengajak hati dan perasaan ini menanggung derita untuk sekian lamanya. Maafkan diriku wahai roh. Mungkin kau cuba untuk menjadi terbaik atas ikatan suci di lol mahfoz walhal aku terus terdampar terperosok di kota suci kemalasan.
Harga janji itu tidak aku persoalkan kerana aku acap kali persoalkan kewibaan aku di dunia ini. Apa aku takut dengan manusia. Manusia yang lain itu sama juga nilainya dicipta dari tanah. Mungkin penyerahan emosi kepada manusia terus menjadi korban yang nyata dalam mengelakkan aku hilang dalam keramaian.
haruman subuh di pagi hari terus memancar elemen kesedaran yang sederhana. Gelak ketawa mereka yang berbuah dada menjadi sarapan pagi manusia yang mempunyai yang bertongkatkan nafsu.Tidak salah akan hal itu tetapi batas itu perlu aKu elakkan untuk memperbaharuI NAWAITU
Rontaan nafsu terus memEcahkan suasana pilu kedamaian hidup malaikat. Setan terus bercakap tanpa henti. Aku harap aku tidak mati kebisuan dan kebingungan akan semua ini. Biarlah mati jadi tajuk pertama dalam kamus hidup daripada menjadikan nilai cinta itu sebagai satu prakata yang wajib bagi setiap manusia...
emosi emosi emosi...