Khamis, 3 Mei 2012

Belasungkawa Husni Mohd Rawi @ Bob KU2


Perginya insan seni tanah air yang memecahkan keringatnya dalam dunia muzik suatu ketika. Selain itu juga beliau menggiatkan diri dalam menceburi bidang lakonan. Kadfang-kadang lawak jenaka yang di garapkan bisa membuat orang ramai tak kering gusi dengan telatahnya. Bagi saya sebagai penulis melihat pemergian arwah adalah suatu yang lain daripada yang lain. Sebelum ini beliau telah difitnah atas kematiannya berkaitan permasalahan kesihatan yang dialami beliau.

Bagi saya sendiri dah melihat perubahan diri arwah tentang pemikirannya terhadap apa yang terjadi sekeliling. Saya pun sendiri melayari laman youtube dan melihat beliau bercerita tentang kisah hidupnya yang dikurnia hidayah dan kembali pulang ke pangkal jalan. Sesungguhnya biarlah kita terus menghadiahkan al-fatihah dan berdoa agar roh si mati dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Tunggu kami HUSNI!!!