Jumaat, 11 Mei 2012

Pandangan Mata

Aku sekali lagi melihat kau
melihat tanpa mencari erti
Pada alis matamu aku melihat suatu kesedihan
Namun kau jangan risau tidak aku bukakan lagi kisah lalumu

Aku cuba mengajar erti ceria melalui pandanganku
Disamping disulami bait-bait perkataan yang suram
Aku menjadi tidak keruan bertemankan sat dan ketika
Kau terus melayani setiap masa

Cinta itu akan ku bataskan dengan syarat
Biarlah senyuman dan tawamu menjadi syariat
Bukan aku cuba memandangmu sebagai epik cinta
yang terlalu suci
hanya cuba untuk meratapi kesayuan sebuah memori

Di kanan ku ada gelak tawamu
Di kiriku ada cerita kesedihanmu.
Aku terus memandang bicara irismu

Biarlah dalam ruang ini aku memerhatikan saja arah tujumu
Biarlah ia jmenadi pengisian dalam saat mata insan kudus ini
Aku tidak akan merintih , akan ku syukuri tiada henti