Isnin, 3 Disember 2012

Percaturan demi perubahan

Apa yang dicanang-canangkan oleh PM pada Perhimpunan Agung Umno a.k.a PAU baru-baru ini adalah langkah terdesak. Bagi aku PM kali ni amat gusar dengan PRU 13 yang bakal berlangsung entah bila. PM mengatakan bahawa rakyat perlulah melihat aspek keperihatinan kerajaan terhadap pembangunan dan perkhidmatan yang telah diberikan. Ok bagi aku baguslah si PM ni nak rakyat tahu yang diaorang buat kerja tapi kenapa nak pilihanraya baru nak tekan kan aspek ni.

Kalau dilihat PAU yang lepas barisan UMNO ternyata mampu bersuka ria dan gelak ketawa dalam persidangan, Tapi kali ni aku rasa mereka hanya mampu duduk dan memerhati berselindung di bawah logo 66 tahun usia UMNO. Kebanyakan ucapan yang dimulakan oleh perwakilan adalah dasar membodek dan mengipas tak habis-habis PM. Kamon la kalau nak bodek sekalipun guna lah saluran lain. Pesidangan adalah ruang dan tempat bagi mengupas dan menjana idea yang baharu bagi membolehkan UMNO itu kembali kukuh setelah hampir musnah setelah dilanda badai pada PRU 12. Apabila diperhatikan dalam konteks perjalanan persidangan kali ni aku rasa TV3 adalah kaki bodek yang paling tak boleh belah..Lagi-lagi dalam segmen PAU dalam berita terkini mahupun Buletin Utama. Perlunya media fokus terhadap perbahasan dan kupasan idea yang cuba dibangkitkan dalam kalangan perwakilan. Jangan risau kalau konon-kononnya pembangkang cuba untuk memutar belit akan idea yang dirancang tapi kena pastikan yang rakyat perlulah diberi tahu info terkini dan lihat perwakilan mana yang cakap pakai otak.

Kebanyakan perwakilan dan termasuk PM sendiri menjerit kat atas pentas tu. Dalam menabur intipati keyakinan terhadap para perwakilan sepatutnya yang dicanang adalah idea dan bagaimana nak brain wash masing-masing agar buat kerja dengan betul. Tapi kali nu PAU dilangsungkan dalam keadaan begitu terdesak. PAU ni kalau boleh silakan buat kat kawasan-kawasan yang dinaungi bawah BN. Sesekali buat event terbesar kat dalam kawasan jajahan sendiri mungkin baru merasai apa yang rakyat rasakan selama ini. Kata pemimpin berjiwa rakyat. Kalau duduk terpacak kat PWTC tu pun tak jadi apa.

Pada PM yang aku hormati, lain kali harap semasa beri ucap dasar atau apa sekalipun , jangan maki dan hina sapa-sapa. Apa yang lepas biar lepas. Setiap orang ada baik buruk. Apa-apa pu PM sila turun padang dan rasai apa yang rakyat rasa. Jangan selesa sangat. PRU 13 mungkin ada gelombang baru yang akan muncul.