Jumaat, 7 September 2012

Lepas Ramadan , Syawal pun datang.

Syawal telah datang Ramadan telah pergi. Berganti bulan Islam tapi yang dikejarnya adalah bulan dalam masihi. Secara jujurnya aku dah mula rasa menyampah dengan sekeliling aku. Bukan aku suarakan apa yang perlu tetapi sekadar berkongsi. Tatkala aku sedang menaip untuk blog sekarang ni aku ditemani dengan seorang budak Sabah yang kerjanya YM dgn Skype. Tak paham aku dgn mamat ni . Ah aku dah mula taip ringkas. Harap paham sudahlah ye. Raya kali ni aku sambut dengan meriah. Kubur arwah atok aku pun aku tak lawat. Entahlah mungkin kesedaran diri tu tak ada langsung yang wujud dalam hati ni. Time bulan Ramadan lagi la sama je. Bersepai tekak nak menahan makan dan minum. Lagi-lagi nak merokok. Time sahur aku mesti pekena rokok se das bagi melegakan kandungan nikotin dalam badan aku. Paru-paru aku kompom lah dah ada warna kegelapan macam warna baju undertaker.

Terawih  kali ni bolehlah nak dianggap full. Kalau tiap malam aku tibai 8 rakaat siap dgn witir sekali. Aku pun terlepas pandang jugak dengan terawih 8 rakaat dan 20 rakaat. Macam mana pulak yang ada buat 10, 12  dan sebagainya. Masih diterima ke atau kiraan itu diganjilkan dgn solat witir. Sampai sekarang pun jawapannya aku tak pasti lagi. Orang kampung macam tu je la sama je kejadiannya. Asal seminggu pertama je bersepah kereta di parking, lepas minggu kedua habis rentung tempat parking. Motor aku la yang menjadi saksi surutnya bilangan manusia yang menghadap Tuhan ketika bulan mulia hari tu.

Tempat aku, Parit Raja kalau nak raya je dah ada ekspo dah. Kalau nak seluar levis yang panas berpeluh kaw-kaw punya bolehlah dapat kat situ. Harga dah macam kat KL dah. main ratus je. Macam haram time malam raya. Huh harga runtuh . Tapi aku beli baju bundle je kat xpo tu. Tak beli pape pun. Rajin jugak aku pusing-pusing kat ekspo tu tapi sekadar cuci mata je la. Cerita pasal ekspo ni aku terkenang pulak kisah sorang pempuan yang aku banyak kali bertembung. Kadang-kadang rasa banyak jumpa dalam mimpi. Ekspo 2 tahun lepas aku jumpa pempuan tu. Orangnya rendang je. Putih manis mukanya. Tapi pas tu dah tak jumpa lagi. Dah hilang modal nak mimpi best malam-malam bahahahaha. Malam-malam aku lepak rumah si Ajib dgn member aku si iwan. Pelik jugak member aku yang tak pernah-pernah nak lepak malam dengan aku tibe-tibe nak join pulak. Nama mamat tu leman. Tapi tak pe la jugak ok la tu dapat teman member kat kampung. Raya kali ni aku sibuk main bunga api . Sampai aku beli kat ekspo. Bengang jugak beli tapi pasal dah excited sangat terpaksa la aku menebal muka beli. Ah dah lah sampai sini je aku nak taip. BOHSAN pulak kah3.