Kalau benar aku sang pemikir
Aku berharap engkaulah sang pendengar
Kalau benar aku terlalu emosi
Aku berharap kau yang selalu disini
Aku tidak menganggap kau sebahagian takdirku
jikalau kau selalu melayani sudah ku anggap kau berjanji
Memang jiwa ini mudah terbahagi
Tapi bukan kerana cinta yang cuba dinaungi
Baiknya aku bukan kerana esok hari
Mengharap kau mengerti pendirian ini
Awan yang gelap dan bertemankan hujan bagiku adalah keindahan alam
Jikalau mentari dan pelangi adalah lintasan di sanubari kau
Pandangan kau dan aku sudah mencukupi
harapkan realiti bukan sekadar persepsi