Selasa, 21 Februari 2012

selamat hari jadi kawan ..Untungnyeee

Salam-salam salam bahagia kepada anda yang menyambut hari lahir. Alhamdulillah boleh bernafas dan nikmati hari-hari indahkan. Jangan sedih dan jangan muram kerana Tuhan memberikan  sesuatu yang terbaik untuk awak. Tahniah di mana juga anda berada.  Hidup perlu indah kerana putarannya masa hanya sekali. Hati perlu bersih kerana warna hitam bukan suatu warna yang suci untuk seketika. Naluri manusia yang tidak berkesudahan perlu diisi dengan persepsi yang lebih matang. Ini kerana semakin dewasa kita semakin kita diperhati oleh orang ramai.

Ingat anda perlu berani melalui rintangan. Kadang-kadang manusia sekeliling cuba beremosi dengan anda. Tapi anda perlu layani dengan seimbang. Bila kita berkata-kata kita perlu berhati-hati. Pada aku secara amnya aku rasa aku boleh bebas melaungkan apa saja. Tapi apakan daya manusia hatinya mudah tersentuh. Kalau kita banyak persoalkan apa yang berlaku sekeliling kita tak salah sebenarnya tapi perlulah berpada-pada.Kita perlulah sayang orang yang tak sayang kita.

Hari lahir adalah hari buat kita tertanya apa yang istimewa pada hari tersebut. Semestinya dapat panggilan percuma tapi bukan itu hadiah yang terbaik. Mungkin hadiah yang terbaik sedang dalam "pembikinan" untuk masa yang lebih baik. Bersyukur dan mencintai Tuhan secara terus adalah perkara yang utama. Tanpa Tuhan siapalah kita kan. Sayangi Tuhan kerana sebaliknya Tuhan lebih menyayangi makhlukNya

Harap hari kita dilahirkan itu mengenangkan kita taubat kepada Tuhan
Harap apa yang kita hajati akan tercapai
Harap hari indah akan datang dengan segera
Harap mata ini dapat dikelipkan selagi sempat
Harap Tuhan menemani kita selamanya


So kenanglah hari anda diciptakan.
Bukan susah,  ambik wuduk dan sujud kepada NYA....


  Hadiah dari Tuhan

                                                                        
         Ceria dan Bahagia

Jumaat, 17 Februari 2012

sebentar saja lagi

Assalamualaikum untuk manusia..salam kebajikan kepada penduduk langit. Garis masa yang semakin kecil telah menyebabkan ruang peenbusan dosa itu semakin terbuka dengan seluasnya. Manusia terus melemparkan masa-masa terluang ke arah penjuru dosa.

hujan panas , siang malam dan yang lain lagi  terus berpasangan. tiada keraguan keatas keseimbangan Tuhan mencipta sesuatu. Membuka peluang mata hati untuk berinteraksi dengan  Pencipta merupakan peluang dari azali. Lol mahfuz menuliskan buah cerita kita di dunia. Walaupun isi kandungannya misteri namun aku masih mempercayai isinya lebih kepada kebaikan dari kemudharatan.

Surga isinya indah, luas terbentang dimensi kebebasan yang diimpikan didunia. Lebih berlipat kali ganda keindahan dari ada di dunia. Dunia itu hanyalah setitik dari kisah penciptaan yang terbaik. Allah maha besar.

Wallahualam

kalau itu yang kau mahukan untuk tidak hubungi diri kau, aku turutkan..=)
kalau itu yang kau turutkan tidak, aku halang
kalau itu yang membuat kau marah, aku minta maaf
kalau itu yang membuatkan kau sedih, harap itu yang terbaik
kalau itu yang sepatutnya, aku redha
kalau itu yang sebaik isi dunia, aku senyum menerima
kalau itu yang perlu diberikan, itulah yang aku merasakan
kalau itu yang terbuku, tamatkanlah segalanya
kalau itu yang indah maka aku menumpang merasanya
kalau itu yang hilang dari pandangan , aku sedia tutup mata ini
kalau itu yang menyakiti , aku tidak ulangi
kalau itu yang terakhir , aku padamkan permulaan itu
kalau itu yang berharga , aku akan lepaskan
kalau itu yang kau rasa tersakit , doa ini menemani
kalau ini yang terakhir...insyaallah selamat semuanya...

Sabtu, 4 Februari 2012

Ini bukan sekadar lagu..ini harapan sebahagian manusia


FARAH

Tangisan Dalam Kerinduan Ciptaan Adnan Abu Hassan

Dalam kerinduan ini
Ku menetap gambar wajahmu diruang kamar
Rintihan asmara kau dan aku
kini tinggal memori yang menghiris di kalbu

Duhai bayu
Sampaikan salam pada dirinya
Nyatakan betapa pilu perpisahan
Semua ku redhai

Dalam tangisan yang syahdu
Kau mendustai percintaan diriku
Setelah aku memberi segala galanya
Pengorbananku dikau persiakan

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku

Oh mengapa tangisan dalam kerinduan ini
Menjadikan kehidupan ku tidak menentu
Keretakkan bak di hempas kaca oh mengapa

Ku masih merindui mu
Walau tidak dijodohkan
Suratan takdir telah menentukannya
Ku masih menyintaimu
Hingga keakhir hayatku
Biar ku simpan perasaan ini kasih
Izinku membawa diri
Oh bayu sampaikan salam perpisahan oh dariku
Ooooo.......


lagu ni dah lama dan aku cuba dengar kembali... tahniah kepada penyanyinya mampu mengalunkan lagu ini sebaiknya. Pada asalnya aku tak minat pun artis kat af ni. Artis segera la kan. Tapi aku bukan nak kata aku fanatik pun sekarang ni sekadar nak ambik petikan lagu ni je. Takkan nak layan garapan karya suci rakyat indonesia saja kan kah kah kah.

Lirik nya bolehlah mendayu kan perasaan. Tapi aku letak dalam blog ni bukan nak kata lagu ni hebat ke apa tapi aku nak kongsi apa yang aku lalui untuk kesemua pembaca ok.Walhal aku taip kat blog ni pun aku sedang lagu avenged sevenfold pun sebenarnya. kah kah kah..

Lagu tu memang penting dalam kehidupan manusia walaupun bunyinya kiasan. Lagu tu peneman manusia dikala kesunyian. Apa boleh buat manusia memang tak boleh nak dipisahkan dengan hiburan. Jiwa manusia yang bersubur dengan kelam dan hampa mewujudkan kedahagaan untuk bergembira.

renung-dan termenungkan serta selamat berangan kah kah kah

Terbang-terbang melayang si pari-pari

Menjadi orang gila di pagi hari yang berjampikan setitik nilai kemanusiaan untuk terus berkongsi rasa hati ini. Aku hamba Tuhan yang lebih bertindak mengikut kehendak diri sendiri dan terus melayari suasana sekeliling tanpa memikirkan terus perasaan jiwa-jiwa disekelilingku.

Kepuasan manusia menggenggam janji dengan selimut yang menyebulungi diri aku tidak sertai. Aku terus mengajak hati dan perasaan ini menanggung derita untuk sekian lamanya. Maafkan diriku wahai roh. Mungkin kau cuba untuk menjadi terbaik atas ikatan suci di lol mahfoz walhal aku terus terdampar terperosok di kota suci kemalasan.

Harga janji itu tidak aku persoalkan kerana aku acap kali persoalkan kewibaan aku di dunia ini. Apa aku takut dengan manusia. Manusia yang lain itu sama juga nilainya dicipta dari tanah. Mungkin penyerahan emosi kepada manusia terus menjadi korban yang nyata dalam mengelakkan aku hilang dalam keramaian.

haruman subuh di pagi hari terus memancar elemen kesedaran yang sederhana. Gelak ketawa mereka yang berbuah dada menjadi sarapan pagi manusia yang mempunyai yang bertongkatkan nafsu.Tidak salah akan hal itu tetapi batas itu perlu aKu elakkan untuk memperbaharuI NAWAITU

Rontaan nafsu terus memEcahkan suasana pilu kedamaian hidup malaikat. Setan terus bercakap tanpa henti. Aku harap aku tidak mati kebisuan dan kebingungan akan semua ini. Biarlah mati jadi tajuk pertama dalam kamus hidup daripada menjadikan nilai cinta itu sebagai satu prakata yang wajib bagi setiap manusia...

emosi emosi emosi...

Jumaat, 3 Februari 2012

Ombak rindu yang gagal

salam keramat untuk warga malaysia yang boleh menghentikan peningkatan populasi anak haram ..kah kah kah.. kenapa aku terus lancang nak bersuara begini. Bagi aku, patut dimulakan dengan bahasa yang agak gah kerana baru julung kalinya tonton ombak rindu. Bagi mereka yang suruh tengok cerita tu sampai dua tiga kali memang macam gampang. Cerita tu aku rasa adalah kesimpulan pemkiran yang ibarat telur di hujung tanduk . Memang tak boleh blah cerita tu sebenarnya. Cerita nya seorang perempuan melayu yang islamik kolot giler. Kena jual dgn pak cik , kena bogel dan kena main. Unsur porno yang cuba diwujudkan memang boleh menaikkan lagi taraf pemikiran seks bebas di negara ni. Come on lah rakyat malaysia. Bangkitlah. Takkan kau orang nak menjadikan medan seni sebagai batas nak memandulkan pemikiran melayu.

Cerita cinta , seks yang tak sampai 5% dan air mata yang tak berkesudahan.Nak ditekankan bahawa memanglah yang membuat cerita tu nak kaut untung je. Buka nak lebar sayap-sayap pemikiran islamik dengan lebih agresif.Pada aku baik buruk biarlah diri tu yang menilai. Kita ni memilai memang kena maki la kalau mintak orang lain setuju dengan penilaian kita. KAH KAH KAH. Serius aku pun bosan tengok cerita ombak rindu ni. Apa boleh buat kawan ajak teman.. pergi jelah. Sekurang-kurangnya muka wellfare macam aku ni adalah inisiatif nak gerak pergi meriahkan majlis. Tak macam lain..opssss haha macam haram la nak ops ops la plak..

Sabtu, 28 Januari 2012

Satu dua tiga doremi

kabare dan selamat selamat kepada korang semua..walhal hati dan minda terguris dengan emosi manusia namun aku terus rancak-rancakan diri menyibuk di alam maya ini. Manusia terus mengejar impian dan pari-pari terus terbang melayang melayani emosi manusia. Kepada rakan-rakan semua usah sedih, usah gentar dan usah kalot menghadapi hari yang mendatang. Ini kerana apa Tuhan dah siap sediakan sesuatu yang terbaik untuk kita semua. Jangan takot dan jangan gentar kerana Muhammad kekasih kita sepanjang zaman senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk kita semua.

manusia konspirasinya jangan dilebar. Kerenah yang hadir jangan di pesatkan dengan selarinya keruntuhan jiwa dan raga yang semakim rancak. Kita bebekalkan akal. Cuma dosa pahala saja yang kita leraikan. Dasyhat kan bahasa ciptaan Tuhan yang lebih bernilai paradoks. Muka yang masam ini bisa ceriakan hari-hari anda semua. Ekspresi muka ini bukan mudah melenturkan emosi setiap manusia. Manusia, manusia dan manusia perangainya bermacam-macam.

Dunia dan akhirat kita seimbangkan. Kerjalah dan belajarlah seolah mahu hidup seribu tahun lagi, namun beribadat seperti esok kau akan tidak dapat mengerlipkan mata lagi.Kepada rakan yang telah berkongsi keringat dan jiwa terima kasih aku ucapkan.

Ahad, 8 Januari 2012

disko manipulasi diri sendiri

Petang ahad.Angin bayu dari redahan ombak pantai sumatera menerobos ruang sendi dalam kepala aku ini. Hari ini hari menyelesaikan masalah yang wujud. Tiada lagi tolehan belakang dalam menangkap tangan-tangan yang terbiar. Boleh rasanya aku mahu menampar bayang-bayang sendiri yang kadang-kadang di hadapan dan di belakang aku. Mereka pasti tertawa dan senyum mengenangkan kisah diri sendiri yang kononnya lebih bernilai dan merasakan diri mereka adalah manusia yang cukup bahgia senantiasa. Manusia itulah biasanya menjadikan makanan perasaan dirinya berbau ego,ketamakan , penindasan dan menyembah berhala ciptaan mereka sendiri.

Rasanya tak mahu tertekan nak tulis blog secara panjang lebar..sampai di sini sahaja..MERDEKA + BAHAGIA= AHAD

Jumaat, 6 Januari 2012

Ok , aku diam sebentar..penangan Adam adli

Lewat malam aku cuba taip kan sesuatu yang boleh pembaca terus terusan baca minda separa sedar yang aku cuba ukir kat blog ni. Biasalah manusia prinsip hidupnya ada yang berlandaskan nafsu dan ada yang berterusan berpegang janji dengan Tuhan. Ok masalahnya sekarang aku nak lontarkan apa yang terbuku dalam hati aku ni. Lebih-lebih lagi dengan isu laungan suara demokrasi oleh pejuang-pejuang darah campuran kebachulan dan keberanian oleh aktivis di luar sana. Aku yang menumpang mengorek ilmu di bumi Unisel ni rasa tercabar dengan laungan kalimat mereka berkaitan kebebasan akademik. Memang tak dinafikan propaganda yang tercetus bila pm yang disanjungi telah mengeluarkan statement " mahasiswa bebas berpolitik".Kepada gerakan atas tanah yang terang-terangan berjuang , syabas aku ucapkan.

Kepada Adam adli tahniah aku ucapkan kepada engkau kerana menjadi pelopor utama dalam merancakkan lagi industri demokrasi dalam kalangan mahasiswa. Adam adli pun aku telah berhadapan dengan dia dan aku dapat melihat tindak-tanduknya yang cuba meraih perhatian mahasiswa. Baru-baru ni dia ada datang ke Unisel bagi menjayakan dan memanaskan keadaan Unisel. Hahaha. Memang real beb. Orang yang sering berkumandang disebut namanya di media massa dan apa sekalipun media di dunia ni dapat juga aku bersemuka.Cuma aku tak dapat nak bergambar dan bersalaman. Kerana aku dihujani dengan persepsi orang-orang disekeliling aku. Biasalah manusia senang-senang melemparkan pandangan terhadap sesuatu perkara. Mungkin kalau aku upload gamabar aku bersama Adam adli , maunya aku dicemuh dan diperli. Oh ok mungkin tiada rezeki aku nak buat cam tu kan.

Elemen yang aku lalui malam itu terus aku membawa roh aku ke dalam pemikiran yang lebih moderate. Wah apa tidaknya perjuangan beliau yang sia-sia melalui jiwa-jiwa manusia berunsur negatif. Aku secara peribadi rasa kurang berminat dengan cara demonstrasi yang beliau lakukan di perkarangan UPSI pada malam tahun baru. Asas demo yang beliau cuba wujudkan ialah kebebasan akademik. Aku pun tak jangka la yang mamat ni boleh pergi jauh menerusi status beliau pelajar IPTA. Sepatutnya tindakan beliau perlu lah lebih kreatif dan lebih relevan. Sekadar membawa keranda dan meletakkan gambar pm dan dicaci serta memaki tak mesra nampaknya.Darah muda perlu diolah dengan lebih berhati-hati. Ini kerana yang atasan boleh melakukan apa-apa saja untuk memastikan kedudukan mereka tiada terganggu.

Apa yang aku boleh rasa mungkin Adam adli dah tak boleh tidur dengan tenang dan lebih dibayangi oleh group-group penentang. Baisalah group-grop yang bertemakan duit dan harta benda rela saja melenyap dan melupuskan terus kebebasan bersuara oleh rakyat jelata yang bijak pandai di bumi Malaysia ini.

Pada halaman facebook aku rasa agak tercabar dan terkesima dengan pendirian cikgu aku yang cuba nak membuktikan nahasiswa perlu lupakan peranan politik mereka demi menghadap skrol. Apa kejadahnya. Kebanyakan komen-komen yang diberikan lebih berunsur berat sebelah. Cikgu ni pula terus tak bagi can yang kalau dah mahasiswa tu duduk je dalam linkungan mahasiswa. Tak boleh bersuara. Dan kawan-kawan aku kononnya lebih membidas dengan kata-kata indah dan bersulam ayat-ayat pak arab. Boleh jalan dah dengan pemikiran seperti itu. Apa yang aku rasakan sekarang ni kita terlalu memberi peluang a.k.a can kepada mereka. Biasalah mereka hidup senang tak ada masalah. Orang-orang di IPTS ni kan seolah-olah dianak tirikan.

Senang cerita la, kepada mereka yang rasa boleh gembira, enjoy idup senang-senang sudah-sudahlah. Ubah gaya pemikiran yang menyedihkan tu. Jadi lebih matang dan terbuka.Dunia tempat pementasan episod manusia yang bercampur baur menerusi nafsu dan iman...wallahualam

Khamis, 29 Disember 2011

situasi melankolik drama manusia hiba

Sering kali disalah erti pandangan manusia terhadap kita. Kenapa kerana wujudnya ego yang menjadi Tuhan dalam diri kita.Tuhanku adalah ALLAH dan tuhan kecil yang cuba diwujudkan manusia itu adalah tuhan ciptaan manusia. Aku adalah manusia bernama sapik dan terus menjadi episod-episod sepi bagi mereka yang rasa aku adalah orang yang tak mampu bergaul dengan orang lain.

Aku bukan cuba untuk mewujudkan mimpi-mimpi indah dalam hidup aku untuk hidup seorang diri, tapi mungkin kadang-kadang keindahan itu cuba dinikmati seorang saja. Mati pun cuma ditemani amal dan bakti di dunia dan terus bangun bangkit meneruskan kelansungan dan kesinambungan epik cinta agung kepada ALLAH untuk menetap di surga.

Aku bukan sekadar bercerita gampang dalam mewujudkan cerita-cerita dan impian yang berpasang surut. Aku bukan pengdeklamasi sajak yang beralun-alun memeriahkan kerancakkan bahasa yang ditulis dengan emosi yang lahir dari setangkai hati ini. Ini semua kerana keramat akal yang dikurnia dari ALLAH bagiku untuk cuba berteriak menerusi laman penulisan.

Takdir manusia bukan diilhamkan menerusi pandangan manusia sebagai penyelesaian.Takdir dihadapi dengan kesabaran dan keyakinan. Ada orang acap kali melaungkan ayuh kita mengubah takdir. Tapi secara tidak disedari ramai yang mengatakan ah ikut je la takdir ni.Tuhan tahu apa yang terbaik untuk kita. Itulah persepsi manusia yang cepat dan kreatif untuk merehatkan jiwa dan minda dengan menjadikan persoalan takdir dan hak-hak Tuhan itu sebagai mainan kata-kata. Bukannya kita mampu untuk terus mengolah kata dan mendiamkan persepsi mereka dengan peranan masing-masing. Ada yang hebat dan lantang bercakap dan ada yang terkedu diam seribu tahun kerana malu. Tapi aku cuba berbicara menerusi mata ini. Mata ini yang cuba mendamaikan pandangan hati dan isi-isi hati manusia lain. Mata ini memang sekadar melihat dan memerhati tetapi mampu perubahan dari pandanagan itu akan meresap ke akal dan turun ke hati.

Diam-diam ubi memang berisi..Tapi diam-diam dadah boleh melayang kepala ke udara.

Selasa, 27 Disember 2011

Di suatu malam aku mengarut

haha haha haha haha itulah yang selayaknya aku lemparkan kepada mereka yang berjuang.Ya terima kasih atas pengorbanan diri anda pejuang dalam menegakkan " benang yang basah" . Aku sebagai mahasiswa yang tegar berfikir kadang kala penat dan jemu dengan episod yang berulang kali dipertontonkan di media massa dan apa2 segala media yang ada di alam semsta ini.Dan ketika aku menaip ini ada bunyi mercun. Mungkin santa yang bermain mercun pada malam 27/12.

Di dalam kepala aku sekarang ni aku dah sakit sangat pikir tentang keadaan sekelilingku. Dan acapkali aku mengatakan "bukan senang nak jadi orang yang dewasa berpikiran secara matang. Penat dan letih teramat sangat nak berfikir. Tetapi apa nak buat Tuhan pun suruh menggunakan akal yang diberi sebaik-baiknya. Sem ni aku berhadapan dengan 7 subjek. Sebelum ni aku rembat 5 subjek je..Serius pening-pening dan PENING. Aku kena ambik subjek kokorikulum secara tibe-tibe. Dikatakan subjek yang aku kena ambik tu sem depan dah tak ada dan akan digantikan dengan subjek yg sama tapi kena ambik dua sem. Apalagi aku pun kenalah join sekali dgn member aku ambik sekali subjek tu. Yang aku fikir positif ialah ni lah peluang nak kebas 3.5 ke atas lepas ni ..kah3 "kononnya".

Apa-apa pun aku nak bermadah helah tentang persatuan di fakulti aku ni.. Psyc-inc. Bangga di bawah naungan persatuan ni. Tapi jadi sakit telinga dengan cerita persatuan ni. Apa tak nya kepimpinan yang goyang habis. Perlu je dirombak secara total. Nak aku ubah leadership style yang ada tu boleh je tapi malas lah. Biarlah mereka yang berjawatan tu mentadbir secara total.Pemikir biasa yang berdebu isi hatinya ni baik je duduk di tepi dan perhatikan mereka. Kalau ada yang tak kena kami tegur. Bak kata Akhil Hayy, kalau kita tegur apa yang atasan tu buat bukan kita nak menyerang nak kondem mereka tapi itu tandanya kami sygkn mereka itu je. Dan yang aku tabik spring ada anggota bawah tanah yang cuba nak ambik alih. Bukan apa mereka yang digelar "Barisan Alternatif" dah berjaya buat kepimpinan yang ada sekarang ni tak duduk senang. Baguslah , bagi aku perkara seperti ini lebih indah alunan
positifnya dari kita terus pergi membangkang habis-habisan dan jatuhkan orang itu.

"pemikir bukan sekadar berkarya, tetapi mengubah empayar minda manusia yang gila"

Sabtu, 17 Disember 2011

2 perjalanan 2 keputusan...akal diguna

manusia seharusnya ...

Mengenal dan mencintai Tuhan



Membaca Alquran yang menguntungkan dunia dan akhirat dan mengajarkan pula kepada orang lain



Sunnah diamalkan tanda sayang kepada Muhammad


Dan bersatu sesama saudara seagama


maka surga sebaik-baik balasan atas perbuatan



manusia sebaliknya memilih

Harta dicari tiada henti...


Duit dijadikan dewa kehidupan...


Pangkat terus ditagih...


masyarakat yang bernilai individu


maka balasan seburuk-buruk atas perbuatan

wajah tua ini...

wajah selalu menjadi bahagian pertama dalam menafsir manusia. Kenapa? Mungkin melalui wajah itu akan menimbulkan suatu perasaan. Kalau yang indah rupanya rasa nyaman untuk ditegur sapa. Kalau yang haru biru wajahnya mungkin akan menjadi sekadar tatapan pandangan untuk seketika. Apa yang menceriakan hati kalau bukan wajah.Melalui wajah seseorang itu akan cuba mentakdirkan keputusan hidupnya.

Cinta juga dirujuk dalam wajah. Cinta rupanya membutuhkan wajah sebagai aset utama. Tapi perkara terbaik Tuhan tidak melihat wajah tetapi amalan hambanya. Aduyai mahu menulis tetang wajah ni rupa-rupanya membosankan. Wajah, wajah dan wajah. Wajah muda yang bakal tua. Dihiris oleh masa dan kenangan. Titik akhirnya terus ditutup dengan tanah-tanah bumi yang cuba melindungi dari pandangan manusia lain.

Bagi peraih-peraih jiwa manusia tidak salah kau untuk mentafsir wajah manusia lain. Tapi perlulah kau memahami wajah adalah lapisan kulit paling tipis pada raga manusia. Yang perlu dititikberatkan dan dipersoalkan ialah nilai ketulusan hati...wajah beremosi bersama hati...sekian


Rabu, 14 Disember 2011

Aku mungkin tidak tahu berkata...Akan tetapi

10.31pm masih terus aku cuba gagahkan mewarnai blog teriak sang pemikir ini. Walhal aku memang sedang mengalami masalah akan tetapi aku masih ingin cuba suarakan kehendak ku.Kehendak aku sebagai manusia yang boleh berfikir dan memecahkan kelompok awan-awan egois yang cukup tebal dalam kalangan ahli manusia di mana aku cuba kecikkan skopnya kepada mahasiswa. Ok senang cerita kita sebagai mahasiswa perlu bertindak mengikut kesesuaian.

Konon nya aku balik dari makan tadi aku terjumpa dengan sekelompok manusia yang menggelar mereka pembantu mahasiswa. Tapi bagi aku mereka tu sekelompok orang yang " entah apa-apa"..konon cuba membangkitkan semangat kekitaan dalam kalangan mahasiwa tapi sedangkan yang berlaku adalah indah khabar dari rupa. Contohnya mereka cuba membawa angin perubahan dengan berbekalkan speaker dan mikrofon untuk meniup ucapan-ucapan yang boleh membangkitkan perasaan untuk berubah.Maka apa yang mereka jangkakan adalah mereka telah cuba untuk mengubah gaya-gaya pemikir-pemikir semulajadi untuk menjadi lebih kritikal dan agresif.Cehhh.. boleh pergi jauh ke dengan gaya yang tak sesuai dengan masa? Maksud aku bukan aku cuba nak berlagak bagus tetapi aku nak mereka yang menjadi pelopor pembangkit semangat ini perlu lebih kreatif dan kehadapan.

Bagi aku kompleksnya manusia itu berfikir adalah menerusi kaedah yang perlu bersesuaian.Kau mahu orang mendengar kata-kata kau tetapi kau cuba mewujudkan elemen suci kau yang entah apa-apa. Boleh tak kalau kau mahu mewujudkan diskusi dengan mahasiswa itu dengan lebih kreatif. Mahasiswa yang kehadapan perlu lebih mahir memikir untuk menjadi pemimpin yang dicontohi dan disegani.

cuba kau lihat gambar di bawah ini..boleh ke begitu???



Sabtu, 29 Oktober 2011

Maafkan aku dewa cinta palsu

Jumaat, hari yang cuba menceriakan aku dengan bangun lambat pada waktu siang. Oh cukup bosan bagi aku terbabas bertemu Tuhan di pagi hari. Aku merasakan hari yang mendatang dan hari yang pergi membawa kisah keceriaan dan kesedihan.

Tapi wahai setiap insan janganlah kau khuatiri dengan semua ini kerana hikmah pasti ada dalam setiap perkara. Sekali lagi aku minta maaf kepada semua kenalanku atas apa yang terjadi. Mungkin wajah suram yang berpintalkan luka-luka lampau membuatkan kalian kurang selesa dengan kehadiran aku.

Terima kasih kepada orang tuaku yang bersusah payah ke atasku dalam mengaturkan sesuatu yang terbaik untuk diriku.

Kepada dewi-dewi cinta, terima kasih memberikan ku sejengkal ruang jari untuk aku bertapak dalam diri anda semua. Lepasan nafsu dan bait-bait cinta aku kepadamu jadikanlah sebagai lukisan kisah aku.
Aku akan kenang setiap masa kita bersama dan aku takkan terus melupakan engkau yang digelar "gadis"

Perjalananku setakat ini penuh dengan haru biru dan turun naik iman aku. MAafkan aku tidak menjadi yang terbaik untuk kalian. Bukan aku jadikan boneka tetapi kamu semua tetap menjadi penghibur dikala kesunyian

Kepada sekelilingku,
aku mohon seribu kemaafan atas perlakuanku terhadap kamu. Dunia maafkan aku mengotorimu. Kepada jasad maafkan aku tidak menjagamu dengan baik kerana aku merokok. Kepada jiwa maafkan aku tidak memenuhi tintisan rohanimu.

Kepada Tuhan
Maafkanaku, ampunkan aku kerana tidak menegakkan agamu Ya Allah. Maafkan aku membuat mungkar tetapi tidak menzahirkan amar maaruf.

Maafkan aku masa
tidak menghargaimu seperti emas.
Maafkan aku kalau terus aku termenung membuang masa

Kepada dia
terima kasih menyayangiku
Terima kasih kerana sudi
melihat senyumanmu
terima kasih kerana
menghargaiku...

Ahad, 23 Oktober 2011

Hippocratic begin to empty

Oh hipokrasi yang bermula dalam diri. Kapan mulanya semua ini. Adakah aku yang terus mewujudkan budaya ini atau pun ia wujud sendirinya. Oh lemah lentok la aku nak pikir benda-benda begin.Damn! sekali lagi aku cuba menimbang kati harga ego ini. Ego ini rasanya perlu dalam kehidupan tetapi aku telah memanipulasikannya dalam harga cinta. Cis aku memang tak boleyh blah dgn perkataan cinta.Asyik-asyik cinta. Cinta akan datang dengan sendirinya mengikut ruaang waktu yang tiba. Tiba? apa pengertian tiba pada aku. Padahal ia udah dtg berkali-kali datang tapi aku yang gagal memahaminya. Peduli apa aku dengan cinta. Dey jalan lah. Bagi aku cinta itu seperti cawan yang ditunggu-tunggu apakah jenis air yang bakal dimasukkan ke dalam. Aku mahukan airnya itu mengikut sekera aku. Kah2 tapi sebelum ni macam-macam air yang dah aku rasakan tapi semuanya hambar. Hambar mengikut piawaian manusia kerdil seperti aku.

Cinta itu buta. Yup memang buta dan gila babi. Aku rasa perlunya penggunaan dadah dalam cinta.Dadah yang amat penting. Tapi secara realitinya dadah saja memang akan mengefek secara terus kepada jiwa dan raga manusia.Ketepikan soal cinta yang tak membawa kepada apa-apa. Mari kita bercakap tentang kebenaran ..Ya itu yang aku perlu tekankan ..Kebenaran perlu diuar-uarkan kepada semua. Tapi selepas disebarkan kebenaran semua berfikir dalam konteks kebaculan. Ya ramai orang bacul. Bacul dengan Tuhan dan agama mereka sendiri. Kata berjanji Allah maha besar Dan Muhammad pesuruh Allah tapi ramai yang bertindak membelakangkan Tuhan. Aku juga sering terpikir apakah kita semua ni jadikan dunia sebagai taman permainan yang penuh dengan keegoan dan kebencian ke??? Aishhh berpada-padalah sekalian manusia termasuk aku. Kita ni bukan sebagai mesin yang berjalan mengkiut syarat program yang ditentukan. Allah dah memudahkan perjalaanan kita tetapi kenapa kita diperbodohkan oleh jiwa kita sendiri. Geram aku dengan sekeliling aku. Semuanya tak betul, semuanya sudah lari dari sebatang jalan yang lurus. Ramai yang menduga perjalanan yang berbengkang-bengkok.Mungkin seronok kalau dapat mencabar kekuatan Tuhan bagi mereka yang lalai.

Aku lebih suka berdiam berfikir semua ini. Perlu ke aku diam diri dan bertindak seorang diri. Aku rasakan tiada tangan yang mahu memegang tanganku ke arah jalan yang benar. Perlunya aku menjeritkah di dalam kelompok mereka!!!!!! Mana kebenaran yang kau pahami. Aku bukan hendak menunjuk aku bagus sangat , tapi aku mahu juga melihat sinar agamaku berterbangan meresap ke dalam jiwa manusia. Iaitu jiwa rakan-rakanku, keluargaku dan semua makhluk manusia di muka bumi ini..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Terima Kasih

ok apa-apa hal pun aku mahu berterima kasih kalau anda bernafsu untuk membaca apa yang aku sedang catatkan kah3. Sebenarnya aku baru je menginovasikan blog aku dengan corak baru.. Haha biasalah yang dulu tu mungkin buat orang rasa muak nak baca. Standard barang baik selalu baru, Barang baru selalu baik.

Kepada mereka di luar sana sekali lagi aku mengucapkan seribu kemaafan seandainya aku telah menyakiti hati korang secara tidak sengaja mahpun sengaja.Apa boleh buat orang nakal macam aku ni sukar dibendung.

Hari ni aku nak bercerita sikit. Perghhh wa cakap lu hati gua macam kena gigit dengan tupai la bai. Sakit der kalau main perasaan dengan perempuan. Biasalah kaki emo, suka merajuk adalah mereka yang bergelar perempuan. Sekurang-kurangnya banyak yang menjadi pahit dari manis dalam kehidupan aku ni.

Jumaat, 14 Oktober 2011

Arah tuju dan pembunuh kehendak

Salam petang bagi penghuni dewa-dewa yang bergelar manusia.
Sekali lagi dengan jiwa yang cedera parah untuk menghamburkan kata-kata yang sengaja ditaip dalam blog ini untuk mencari sesuap perasaan manusia..kah kah kah metafora yang tak berkesudahanla aku ni.

Aku kadang-kadang boleh bersemangat terhadap kejayaan seseorang dalam apa yang mereka lakukan tetapi aku juga boleh rasa terbunuh dengan kelebihan manusia. Kenapa ye??? oh ini mungkin perasaan jeles..kah2..arah tuju masing-masing manusia ni berbeda kan.

Ahad, 2 Oktober 2011

percuma

Percuma
Semua ini percuma
Bila masih ada air mata
Tak sanggup
Sungguh aku tak sanggup
Jika masih sakit yang kau beri
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Tak mungkin
Tak akan pernah mungkin
Bila masih ada pilu tersimpan
Terjatuh
Dan aku pun terjatuh
Jika masih perih yang tercipta
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Reff:
Aku yang merasakan
Aku yang menyimpan
Aku yang tersakiti
Meski tak kau menyadari
Akankah waktu kan menjawabnya

Percuma
Semua ini
Percuma haa..

Percuma
Semua ini percuma
Bila masih ada air mata
Tak sanggup sungguh aku pun tak sanggup
Jika masih sakit yang kau beri
Berakhir sudah atau aku akhiri saja

Back to Reff

Akankah waktu kan menjawab nya

Lagu ni wa cakap lu memang killer la bai. Sedih kot tgok lagu ni mana taknya lirik dia memang makan dalam. Kredit to the samsons band yang berjaya menghasilkan lagu seperti ini..Syabass